Tuesday, 31 July 2012

Aku dan Si Peragut.

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur di panjatkan kepada Ilahi, kerana masih diberi peluang lagi untuk bernafas dan meneruskan hidup di bumi yg fana ini. plus, di bulan Ramadhan yg sangat penug dgn Barakah nya.

haaa, korang mesti tertanya tanya kan ape kes lah aku letak tajuk entry kali ni sebegitu rupa. haha. aku ni, ayat nk dramatik je. :P

okay, kejadian nya tu berlaku semalam, hari Isnin (30 july 2012) . dekat bandar Batu Pahat, Johor.

Begini cerita nya...

Asalnya, aku nak pegi Avon, then aku ckp kat mak aku, "mak, hari ni hari isnin kan, mesti kena tunjuk kupon parking keta". Aku rasa mcm ade spare sekeping dua dlm keta ni, tgk2 xde. So, before sampai kat  kedai Avon tu, cadangnya nak pegi beli kupon keta, then aku park keta tepi jln kejap, pastu pegi lah kedai runcit yg jual kupon tu. Di sebabkan aku malas nk bawak turun beg gedabak aku , so, aku just bwk turun duit yg secukupnya. Lepas aku turun je dr keta, aku ternampak ade sorang mamat cina ni dok melepak depan kedai tu. Mula mula nya aku rasa cam tak sedap hati dah, pastu aku cuba tambah kan perisa untuk sedap kan hati aku. haha. Anggap je cam tak de ape. Okay, then aku terus jalan ke kedai tu. Bila hampir nk smpi je kat kedai tu cina tu da mula usha aku lain mcm. Aku perasan sbb time aku jln die usha, then bila da dekat dia start nk jalan, tiba tiba aku terus  berhenti kejap, pastu cina tu pandang aku semacam. Tiba aku terfikir sat, "kalau lah aku jalan terus, then dia tahan aku mintak duit, xpe, tp kalau dia acu kan pisau ke ape ke, oiii naya aku". Haaa, tambah plak badan bertatoo bagai, lagi lah buat aku fikir yg teruk teruk je. haha. Then, aku terus blah , batal kan niat nk g beli kupon parking, perhh lari mcm lipas kudung oii. Rase mcm tak cukup kaki, tak cukup tanah aku nak lari. Cepat cepat aku masuk keta then locked terus pintu keta sume. Mane lah tahu die dok ikut aku. Fuhhh !! Sampai dlm keta aku cuba tenang kan diri, tp TAK BOLEH. Menggigil satu badan oiii. Cuba gak cover depan mak aku tp tak boleh, nk drive pun payah.

Tapi, Alhamdulillah, nothing happened to me yesterday.

:: Korang yg kat luar tu hati hati lah ye, sbb skrg ni kat mane mane je boleh berlaku ragut meragut ni. Bukan setakat kat bandar besar mcm KL tu je, tp kt kampung kampung pun bole jadi.
Sentiasa beringat, jgn main redah je kalau kita tgk org tu boleh buat kita curi

:: Okay, sampai sini je entry kali ni.

# kalau suka entry ni, komen komen lah ye, hihi :)

Wsalam .