Friday 7 December 2012

Re-check our HIJAB

Woot.. woot..

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni nak share sikit pasal 7 langkah paling mudah, ringkas lagi senang untuk berhijab dgn sempurna sebagai seorang muslimah. :)





Setiap usaha untuk berhijrah yang diniatkan kerana Allah Ta'ala. InshaAllah, jalan yang diredhai pasti menemui kamu. 

*Setiap titisan peluh yang keluar bagi seseorang perempuan kerana menutup aurat nya, itu adalah PAHALA baginya. :) *

Terima kasih bagi yang sudi baca entry kali ni. 

semoga Allah melimpah kan RahmatNya ke atas mu :)

wasalam .


Thursday 22 November 2012

Random

Assalamualaykum w.b.t

Alhamdulillah, masih diberi oksigen untuk bernafas sehingga ke hari ini, ke petang nan indah ini. cuaca nhari ni yang redup baru lepas hujan sangat mendamaikan. fuhh lama betul tak kemas laman ni, kemain panjang dah rumput rumputnya, dengan lalang sume. haha. busy sikit akhir akhir ni. Maaf lah wahai pembaca sekalian. *eee, over betul, bajet mcm ramai je yg baca. haha :p* sebenarnya, tak de idea pun nak tulis apa, tapi teringin nak post. mengada kan? haha. so, i cerita secara random je lah ok. *gegedik betui*

okay lah, apa yg aku nk share kan sini, pasal nk update tinggal berapa masa je lagi nak menghadap final exam. hmm, ikut kan, semua nya :p . Tp before tu, minggu ni aku memang super duper busy aku rasa, weekend ni je dah ade 3 test berderet tunggu aku. sabar je lah. tu baru test, belum masuk bab assignment lagi. Al-maklumlah hujung hujung sem memang cam tu lah kan life budak U. terima je lah dengan seadanya. hihi. hmm, now, aku ada lah masa dalam sebulan nak ke final exam. so, prepare la selagi masa ada. karang, masa dah tak de, payah. kita perlu kejar masa, bukan masa kejar kita. acece , ayat kemain nak tiru pakar motivasi. haha.

haa, pasal assignment hampir semua aku da nak siap, just tinggal untuk subjek MGM and akaun je. yang lain dah settle nak hantar. Alhamdulillah :) lega rasanya .

okay lah, mcm aku ckp td, aku tak de idea ape pun nak tulis. so takat ni je lah ok.

terima kasih kerana sudi membaca entry kali ni !

*Wsalam :)


Monday 13 August 2012

Ramadhan is leaving.

Assalamualaykum w.b.t.
Alhamdulillah, syukur sangat kerana masih diberi peluang utk bernafas lagi sehingga hari ini. Dalam sedar tidak sedar, kita sudah pun berada di penghujung Ramadhan. Sedih pula rasanya hati ini bila Ramadhan hampir mengundur kan diri nya. Sebab nya, belum tahu lagi dapat berjumpa dgn Ramadhan next year. Subhanallah, what can I say is, Ramadhan is more wonderful than another month. Dalam hari hari terakhir bulan Ramadhan, mesti ramai Muslimin dan Muslimah yg sedang berlumba lumba utk mencari keREDHAAN daripada Allah S.W.T. sekali gus, mencari malam LailatulQadr. Another reason is, Allah S.W.T juga telah membuka pintu taubat utk hamba hamba Nya selama di bulan Ramadhan ini utk sepanjang hidup. Subhanallah, Allah itu maha adil bukan? Maha pemurah bukan? Dan sebagai manusia, sbg khalifah di bumi Allah ini, kita seharusnya sentiasa rasa bersyukur kerana Allah masih dan sentiasa memberi peluang kpd hamba hamba Nya.
Sama sama lah kita semua menghayati saki baki Ramadhan kali ini yg masih ada. Insha Allah, kita semua akan mendapat balasan yg baik dan keredahaan daripada Allah S.W.T.  Aminn :)
*Wsalam :)

Tuesday 31 July 2012

Aku dan Si Peragut.

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur di panjatkan kepada Ilahi, kerana masih diberi peluang lagi untuk bernafas dan meneruskan hidup di bumi yg fana ini. plus, di bulan Ramadhan yg sangat penug dgn Barakah nya.

haaa, korang mesti tertanya tanya kan ape kes lah aku letak tajuk entry kali ni sebegitu rupa. haha. aku ni, ayat nk dramatik je. :P

okay, kejadian nya tu berlaku semalam, hari Isnin (30 july 2012) . dekat bandar Batu Pahat, Johor.

Begini cerita nya...

Asalnya, aku nak pegi Avon, then aku ckp kat mak aku, "mak, hari ni hari isnin kan, mesti kena tunjuk kupon parking keta". Aku rasa mcm ade spare sekeping dua dlm keta ni, tgk2 xde. So, before sampai kat  kedai Avon tu, cadangnya nak pegi beli kupon keta, then aku park keta tepi jln kejap, pastu pegi lah kedai runcit yg jual kupon tu. Di sebabkan aku malas nk bawak turun beg gedabak aku , so, aku just bwk turun duit yg secukupnya. Lepas aku turun je dr keta, aku ternampak ade sorang mamat cina ni dok melepak depan kedai tu. Mula mula nya aku rasa cam tak sedap hati dah, pastu aku cuba tambah kan perisa untuk sedap kan hati aku. haha. Anggap je cam tak de ape. Okay, then aku terus jalan ke kedai tu. Bila hampir nk smpi je kat kedai tu cina tu da mula usha aku lain mcm. Aku perasan sbb time aku jln die usha, then bila da dekat dia start nk jalan, tiba tiba aku terus  berhenti kejap, pastu cina tu pandang aku semacam. Tiba aku terfikir sat, "kalau lah aku jalan terus, then dia tahan aku mintak duit, xpe, tp kalau dia acu kan pisau ke ape ke, oiii naya aku". Haaa, tambah plak badan bertatoo bagai, lagi lah buat aku fikir yg teruk teruk je. haha. Then, aku terus blah , batal kan niat nk g beli kupon parking, perhh lari mcm lipas kudung oii. Rase mcm tak cukup kaki, tak cukup tanah aku nak lari. Cepat cepat aku masuk keta then locked terus pintu keta sume. Mane lah tahu die dok ikut aku. Fuhhh !! Sampai dlm keta aku cuba tenang kan diri, tp TAK BOLEH. Menggigil satu badan oiii. Cuba gak cover depan mak aku tp tak boleh, nk drive pun payah.

Tapi, Alhamdulillah, nothing happened to me yesterday.

:: Korang yg kat luar tu hati hati lah ye, sbb skrg ni kat mane mane je boleh berlaku ragut meragut ni. Bukan setakat kat bandar besar mcm KL tu je, tp kt kampung kampung pun bole jadi.
Sentiasa beringat, jgn main redah je kalau kita tgk org tu boleh buat kita curi

:: Okay, sampai sini je entry kali ni.

# kalau suka entry ni, komen komen lah ye, hihi :)

Wsalam .

Sunday 20 May 2012

kawan itu..UNIK dan INDAH

woot.. woot..
Assalamualaikum w.b.t. semua.
Alhamdulillah masih diberi peluang utk bernafas sehingga saat ini. :)
woahh, lama gilak tak update ini blog. haihh bersarang, bersawang laman sesawang aku ni. haha. maaf lah terlalu lama x update blog sbb busy gilak akhir akhir ni.  #konon je tuh. haha. haa, korang apa khabar? sihat kah? harap2 sihat ja noo..

okayy,before aku mula melalut yg bkn2, moh le kite start cite ape yg tersirat di sebalik tajuk entry tu haa.
 [ayat, kemain lagi, mcm sasterawan] kuikui. :D

semua org sgt memerlukan kawan kan. lagi2 mesti lah korang pon nk kawan yang baik and sanggup bersusah payah,bersenang bersama kan. 


okay, now masuk cite den yoo. hihi.


bagi aku, kawan itu unik and tersangat lah indah. sebab bila kite berkawan, and in the same time, kite berkorban dgn bersusah, bersenang sama sama, kite akan rase keakraban hubungan persahabatan. and kenapa aku ckp kawan itu UNIK? sebab ia boleh jadi unik bile berkawan dgn bangsa lain and ikatan persahabatan tu jadi sgt rapat.

okayy, for example, aku lah kan, aku ada 3 org best friend, che aa, tasha, yati. kitorang kenal start kat UPM lah. tp kitorang sgt rapat. sampai 1 mase ni, masa sem 2, dlm kelas kitorang ade sorang foreigner ni. die duduk sorang2 je kat kelas, kesian pulak aku tgk. nak ajak berbual, aku takut, al-maklumlah, x roti sgt  nak berburak omputeh ni,


dalam minggu ke 4 cm tu, baru kitorang mula bercakap dgn dia, and nama die MIN KI LEE. org KOREA you alls. hehe, kemain seronok nye si yati ni haa. biasa le org gilak korean kan, cenggituh lah gamaknya, haha.  dlm minggu tu jgak kitorang dpt assignment yg kena buat dlm group and buat kat luar kampus based on theme   yg kitorang dapat. okay,start from that, kitorang makin rapat ngan si min ki oppa ni, sekali dgn bdk cina #tuantuan nama dia. n skrg pon kalau hangout pon dgn dorang sekali jgak, seronok gilak. hehe.


us :)

min ki oppa :)
us again :)




tp syg nye, min ki oppa cuma 1 sem je die kat UPM ni, sbb die exchange student. and bulan 7 ni dah balik korea dah, aiyakk, kitorang x tahu lah cm ne rase nnti kalau min ki oppa ni xde. mmg terasa lah kan. yela kalau g makan tu sume sama sama.

amboii, byk jgak yg aku cuba merepek atas fakta ni, haha, [ayat pon dah mcm x betul], haha.


a good friends is know all your best stories
a best friends is has lived them with you



#harap korang suka entry ni :)

Friday 10 February 2012

homeMADE (:



assalamualaikum w.b.t.

syukur alhamdulillah ari ni di beri peluang untuk bernafas lagi, :) . okay, sebenarnye xde ape sgt yg nk di belog kan ari ni, tp cume sekadar nk bebel kosong yg x de ape isi. HAHA ! okay, nmpknye aku da hampir nk mula melalut ni.
 -STOP- . : D
ape yg berkait dgn entry aku skrg ? lihat lah gmbr kat bawah ni . haa, ni salah satu menu makan tgh ari td . homemade gtuh . hihi . first trial kot buat kerabu pucuk paku ni. makanan org kampung je mampu buat. haha. [dan dan menipu nye ! ] :) . tp rase die perhhhh !! sgt SODAP wehh.

okay, sape2 nk try, aku lampir kan sekali dgn resepi nye buat tatapan semua,
[cewaahh, ayat aku x bole pergi lah ! ] HAHA :D
kerabu pucuk paku .
bahan-bahan yg diperlukan :
  1. pucuk paku
  2. bawang merah (besar punye)
  3. cili api
  4. garam
  5. kelapa muda (yg da parut ye)
  6. buah lemon n limau kasturi
  7. udang kering
**semua bahan-bahan di atas, sukatan nye ikut selera masing masing [secukup rasa] :)

cara-cara :
  1. sangai kan kelapa parut td dan dicampur dgn sedikit udang kering (yg ditumbuk sedikit) sehingga warna nya jd kuning ke coklat.
  2. bersihkan pucuk paku td, kemudian didihkan air dan masukkan pucuk paku td ke dlm air yg telah dididihkan, biarkan dlm 10-15 minit dan tos kan pucuk paku yg sudah di celorkan td.
  3. ramaskan pucuk paku td agar tidak terlalu berair.
  4. mayangkan (potong) bawang merah dan cili api.
  5. gaulkan kesemua bahan dan perahkan sedikit jus lemon dan limau kasturi (secukup rasa)
  6. sedia untuk dihidangkan.

#selamat mencuba  :)

okay, aku rase sampai sini je entry kali ni . InsyaALLAH ade mase akan ku hias padang belogg aku ni. 
daa, 

salam. :)

Wednesday 8 February 2012

i'm NEW here . (:

assalamualaikum w.b.t.

firstly, nak bgthu yg aku ni budak baru belajar kat belogg ni. hihi. ok, disebabkan aku suka sgt bace belogg org, jadi aku telah ditarik tarik utk cipta belogg sendiri. haha. acece. kononye lahh. sekarang ni rajin lah aku nk mengarang kat belogg ni, tp nnti kalau da start balik sem baru, xdo maso ehh denn nk meng'update' belogg denn ni haa. haha. kan da keluar bahasa nogori denn. :D
act, aku xde ape sgt nk dibebelkan di sini. cume sekadar nk release kan penyakit gatal kat tgn aku utk try tuliss belogg. HAHA !

okayy, nanti kalau ade cite menarik aku akan update ke padang belogg ni. InsyaALLAH <3 .