Sunday 15 June 2014

Selamat Hari Bapa, Ayah !

Assalamualaikum readers !

Alhamdulillah. Untuk nikmat hidup yg diberikan sampai harini. Syukur !

Selamat Hari Bapa, Happy Father's Day.
Yes. Luluh hati aku bila seharian ni aku duk scroll scroll instagram, twitter, facebook semua orang pakat update status happy father's day. Sedih aku rasa sebab tak dapat nak wish kat ayah.

Dan, harini genap 3 bulan ayah pergi selamanya. :'(

Al-Fatihah.

Apepun, terima kasih ayah sebab dah bg kasih syg kepada kami 3 beradik, menghempas pulas tulang empat kerat untuk cari rezeki kita sekeluarga dan mendidik kami 3 beradik sampai kami jadi org harini. Alhamdulillah. Tahu, ayah garang sbb nak anak-anak dia semua jadi org yg berguna.

Tapi takpe. As long as I am breathing, my dua' will always be with you, Ayah. Semoga ayah sentiasa berada dalam ketenangan di sana. Semoga Allah menempatkan Ayah dalam kalangan orang-orang yang beriman.

For right now, seriously I said that I really  miss you. Ohhh. :'(

Wassalam.

Thanks for reading this entry.

Monday 6 January 2014

Demam.

Assalamualaikum everybody !

Alhamdulillah. Syukur masih bernafas sampai hari ni.

Sapa yang demam ni? demam knp pulak kan?

Demam exam la.

Biasa la. Time mcm ni kan, bebudak Uni semua tgh busy dan memBUSYkan diri dengan exam. Kira tgh berperang dgn kertas soalan. Tp takpe lah kan. Lumrah hidup sebagai student. Dah tu tanggungjwb dia. Abih aku tak exam ke, dok siap sempat update blog bagai.

Ha,
Ni nak cerita. Orang lain study week seminggu je. Aku ni UPM murah hati nk bg study week lama sikit, 2 minggu aku dpt. Amik kau ! Kemain lama. Saje la tu nak suruh aku belajar sungguh sungguh. Nampak mcm best kan study week sampai 2 minggu. Tp kesedihannya, exam aku berderet. 7/8/9/10 Januari 2014. Pergh. Dan yg paling sadis nya. 9hb tu ade paper sehari and gap hanya sejam. Argh !! stress kot.

Tp tak pe la kot. Mungkin ada hikmah yg kita tak tahu. Aturan Allah ni hebat bukan? Ape ape pun, redha sahaja. Berlapang dada.

By the way, bestnya tengok org yg dah habis exam tu. Jeles ! 

So, esok akan bermula sesi aku untuk berperang dengan kertas soalan. Moga dipermudahkan ! Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Rabbi Tammin Bilkhoir. Bittaufiq Wannajah fil imtihan to all my classmates, friends, coursemates, and uni-mates those seat for the examination tomorrow.

Moga Allah berkati usaha kita,
Moga Allah permudahkan urusan kita,
Moga Allah tenangkan kita,
Moga Allah beri kejayaan kepada kita semua !


Jazakillahukhairan kathira. ^_^