Monday 6 January 2014

Demam.

Assalamualaikum everybody !

Alhamdulillah. Syukur masih bernafas sampai hari ni.

Sapa yang demam ni? demam knp pulak kan?

Demam exam la.

Biasa la. Time mcm ni kan, bebudak Uni semua tgh busy dan memBUSYkan diri dengan exam. Kira tgh berperang dgn kertas soalan. Tp takpe lah kan. Lumrah hidup sebagai student. Dah tu tanggungjwb dia. Abih aku tak exam ke, dok siap sempat update blog bagai.

Ha,
Ni nak cerita. Orang lain study week seminggu je. Aku ni UPM murah hati nk bg study week lama sikit, 2 minggu aku dpt. Amik kau ! Kemain lama. Saje la tu nak suruh aku belajar sungguh sungguh. Nampak mcm best kan study week sampai 2 minggu. Tp kesedihannya, exam aku berderet. 7/8/9/10 Januari 2014. Pergh. Dan yg paling sadis nya. 9hb tu ade paper sehari and gap hanya sejam. Argh !! stress kot.

Tp tak pe la kot. Mungkin ada hikmah yg kita tak tahu. Aturan Allah ni hebat bukan? Ape ape pun, redha sahaja. Berlapang dada.

By the way, bestnya tengok org yg dah habis exam tu. Jeles ! 

So, esok akan bermula sesi aku untuk berperang dengan kertas soalan. Moga dipermudahkan ! Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Rabbi Tammin Bilkhoir. Bittaufiq Wannajah fil imtihan to all my classmates, friends, coursemates, and uni-mates those seat for the examination tomorrow.

Moga Allah berkati usaha kita,
Moga Allah permudahkan urusan kita,
Moga Allah tenangkan kita,
Moga Allah beri kejayaan kepada kita semua !


Jazakillahukhairan kathira. ^_^

No comments:

Post a Comment