Sunday 15 June 2014

Selamat Hari Bapa, Ayah !

Assalamualaikum readers !

Alhamdulillah. Untuk nikmat hidup yg diberikan sampai harini. Syukur !

Selamat Hari Bapa, Happy Father's Day.
Yes. Luluh hati aku bila seharian ni aku duk scroll scroll instagram, twitter, facebook semua orang pakat update status happy father's day. Sedih aku rasa sebab tak dapat nak wish kat ayah.

Dan, harini genap 3 bulan ayah pergi selamanya. :'(

Al-Fatihah.

Apepun, terima kasih ayah sebab dah bg kasih syg kepada kami 3 beradik, menghempas pulas tulang empat kerat untuk cari rezeki kita sekeluarga dan mendidik kami 3 beradik sampai kami jadi org harini. Alhamdulillah. Tahu, ayah garang sbb nak anak-anak dia semua jadi org yg berguna.

Tapi takpe. As long as I am breathing, my dua' will always be with you, Ayah. Semoga ayah sentiasa berada dalam ketenangan di sana. Semoga Allah menempatkan Ayah dalam kalangan orang-orang yang beriman.

For right now, seriously I said that I really  miss you. Ohhh. :'(

Wassalam.

Thanks for reading this entry.

Monday 6 January 2014

Demam.

Assalamualaikum everybody !

Alhamdulillah. Syukur masih bernafas sampai hari ni.

Sapa yang demam ni? demam knp pulak kan?

Demam exam la.

Biasa la. Time mcm ni kan, bebudak Uni semua tgh busy dan memBUSYkan diri dengan exam. Kira tgh berperang dgn kertas soalan. Tp takpe lah kan. Lumrah hidup sebagai student. Dah tu tanggungjwb dia. Abih aku tak exam ke, dok siap sempat update blog bagai.

Ha,
Ni nak cerita. Orang lain study week seminggu je. Aku ni UPM murah hati nk bg study week lama sikit, 2 minggu aku dpt. Amik kau ! Kemain lama. Saje la tu nak suruh aku belajar sungguh sungguh. Nampak mcm best kan study week sampai 2 minggu. Tp kesedihannya, exam aku berderet. 7/8/9/10 Januari 2014. Pergh. Dan yg paling sadis nya. 9hb tu ade paper sehari and gap hanya sejam. Argh !! stress kot.

Tp tak pe la kot. Mungkin ada hikmah yg kita tak tahu. Aturan Allah ni hebat bukan? Ape ape pun, redha sahaja. Berlapang dada.

By the way, bestnya tengok org yg dah habis exam tu. Jeles ! 

So, esok akan bermula sesi aku untuk berperang dengan kertas soalan. Moga dipermudahkan ! Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Rabbi Tammin Bilkhoir. Bittaufiq Wannajah fil imtihan to all my classmates, friends, coursemates, and uni-mates those seat for the examination tomorrow.

Moga Allah berkati usaha kita,
Moga Allah permudahkan urusan kita,
Moga Allah tenangkan kita,
Moga Allah beri kejayaan kepada kita semua !


Jazakillahukhairan kathira. ^_^

Sunday 1 September 2013

Alhamdulillah !

Assalamualaikum !
Do follow my online shop on instagram girls :)






 Thanks sudi tengok entry kali ni. :D

#goreng pisang, goreng keladi,
  kalau sudi, mari lah membeli. :D

Tuesday 21 May 2013

Hectic week? ouh?

Assalamualaikum sisters and brothers.

Minggu minggu last sem ni, kesibukan sangat memuncak. Sibuk nak siapkan assignment, sbb semua dok sibuk nk kene submit. Tapi sibuk sibuk aku ni, sibuk jugak aku nak update blog ni. haha. Tu gatal namanya. Tapi tak pe, sbb skrg ni (pukul 1:28 a.m) aku bru lepas siap buat assignment. baguih tak aku? baguih lah kan, sbb assignment org dah bg lama, tapi baru terhegeh hegeh nak buat. haha. 

Okay, start today, aku ade kira kira 3 minggu lagi utk ngadap final exam. Moga dipermudahkan segalanya nanti oleh Allah. *doakan eh utk aku*Aamiin :)

Okay lah, mcm xde motif pulak nak taip pepanjang. haha. 

Mokasihh lah sape yg sudi baca entry ni. 

Assalamualaikum :)

Friday 7 December 2012

Re-check our HIJAB

Woot.. woot..

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni nak share sikit pasal 7 langkah paling mudah, ringkas lagi senang untuk berhijab dgn sempurna sebagai seorang muslimah. :)





Setiap usaha untuk berhijrah yang diniatkan kerana Allah Ta'ala. InshaAllah, jalan yang diredhai pasti menemui kamu. 

*Setiap titisan peluh yang keluar bagi seseorang perempuan kerana menutup aurat nya, itu adalah PAHALA baginya. :) *

Terima kasih bagi yang sudi baca entry kali ni. 

semoga Allah melimpah kan RahmatNya ke atas mu :)

wasalam .


Thursday 22 November 2012

Random

Assalamualaykum w.b.t

Alhamdulillah, masih diberi oksigen untuk bernafas sehingga ke hari ini, ke petang nan indah ini. cuaca nhari ni yang redup baru lepas hujan sangat mendamaikan. fuhh lama betul tak kemas laman ni, kemain panjang dah rumput rumputnya, dengan lalang sume. haha. busy sikit akhir akhir ni. Maaf lah wahai pembaca sekalian. *eee, over betul, bajet mcm ramai je yg baca. haha :p* sebenarnya, tak de idea pun nak tulis apa, tapi teringin nak post. mengada kan? haha. so, i cerita secara random je lah ok. *gegedik betui*

okay lah, apa yg aku nk share kan sini, pasal nk update tinggal berapa masa je lagi nak menghadap final exam. hmm, ikut kan, semua nya :p . Tp before tu, minggu ni aku memang super duper busy aku rasa, weekend ni je dah ade 3 test berderet tunggu aku. sabar je lah. tu baru test, belum masuk bab assignment lagi. Al-maklumlah hujung hujung sem memang cam tu lah kan life budak U. terima je lah dengan seadanya. hihi. hmm, now, aku ada lah masa dalam sebulan nak ke final exam. so, prepare la selagi masa ada. karang, masa dah tak de, payah. kita perlu kejar masa, bukan masa kejar kita. acece , ayat kemain nak tiru pakar motivasi. haha.

haa, pasal assignment hampir semua aku da nak siap, just tinggal untuk subjek MGM and akaun je. yang lain dah settle nak hantar. Alhamdulillah :) lega rasanya .

okay lah, mcm aku ckp td, aku tak de idea ape pun nak tulis. so takat ni je lah ok.

terima kasih kerana sudi membaca entry kali ni !

*Wsalam :)


Monday 13 August 2012

Ramadhan is leaving.

Assalamualaykum w.b.t.
Alhamdulillah, syukur sangat kerana masih diberi peluang utk bernafas lagi sehingga hari ini. Dalam sedar tidak sedar, kita sudah pun berada di penghujung Ramadhan. Sedih pula rasanya hati ini bila Ramadhan hampir mengundur kan diri nya. Sebab nya, belum tahu lagi dapat berjumpa dgn Ramadhan next year. Subhanallah, what can I say is, Ramadhan is more wonderful than another month. Dalam hari hari terakhir bulan Ramadhan, mesti ramai Muslimin dan Muslimah yg sedang berlumba lumba utk mencari keREDHAAN daripada Allah S.W.T. sekali gus, mencari malam LailatulQadr. Another reason is, Allah S.W.T juga telah membuka pintu taubat utk hamba hamba Nya selama di bulan Ramadhan ini utk sepanjang hidup. Subhanallah, Allah itu maha adil bukan? Maha pemurah bukan? Dan sebagai manusia, sbg khalifah di bumi Allah ini, kita seharusnya sentiasa rasa bersyukur kerana Allah masih dan sentiasa memberi peluang kpd hamba hamba Nya.
Sama sama lah kita semua menghayati saki baki Ramadhan kali ini yg masih ada. Insha Allah, kita semua akan mendapat balasan yg baik dan keredahaan daripada Allah S.W.T.  Aminn :)
*Wsalam :)